Thursday, May 19, 2011

The Red Warriors Stadium...


Assalamualaikum...

Bergegar sbutir kelantan apabila menteri besar kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa kerajaan bercadang membina sebuah stadium baru di bukit merbau,pasir puteh..kalau anda pelayar setia FB dan join pulok komuniti the red warriors di sana,anda akan melihat betapa panasnya isu ini..beratus2 komen dipostkan..ado yg x stuju dgn lokasi di bukit merbau,jauh dari bandar katanya..ade yg meragui kemampuan kerajaan negeri samada mereka mampu atau x menyiapkan projek besar ini,ade yg menyokong penuh lokasi pembinaannya,namun satu perkara yg mereka bersetuju,mereka amat berharap agar stadium disiapkan kerana ianya merupakan satu lagi mercu tanda kejayaan rakyat kelantan...

sebagai peminat bola sepak kelantan, aku sgt gembira mendengar berita yg disampaikan oleh TGNA ini...tmbahan pulak stadium itu dicadgkan di kwsn jajahan aku (pasir puteh)..lagi la syok..namun begitu aku kurang gemar apabila sebahagian "pengkomen2" mula mencampurkan hal bola sepak dan politik..bagi aku cukuplah kerajaan negeri memberi komitmen dgn membina stadium baru...jangan campor adokkan politik dgn sukan..inilah satu2nya platform yg mampu menyatukan rakyat kelantan..x kira lah demo umno atau pas atau dap skali pon..apabila mereka bersatu,kita boleh lihat betapa kukuhnya semangat "kebersamaan" rakyat kelantan...dan faktor yang menyatukan mereka SEKARANG adalah bola sepak...

kurang bijak aku rasa sekiranya masih ada yang ingin mengkritik cdgn kerajaan negeri ini..sepatutnya pada wktu ini semua rakyat kelantan bersatu padu memberi sokongan kepada kerajaan negeri untuk menyiapkan projek ini..bukannya dgn memberi komen cokelat lah,dok ungkit pasal jambatan sultan yahya petra lah,that just add unnecessary poison into this great thing...ako x kesah ko umno atau pas,tp kadang2 kite kne igt,politik ni ade sempadannya jugak..bendo hok molek sokong la,xyah kondem2..hok buruk kito pakat2 tolok..bukannya sukar untuk menjadi oghe hok cerdik,asal jangan tunjuk kebodohan yg kita ada....nak berpolitik,politiklah dgn cara yg btul..jange main jak kok blake jah....tunjukkan kematangan anda sbg seorg yang dikurniakan akal utk bfikir...

kembali kepada stadium,dgr crita ianya akan memuatkan seramai 40,000 penyokong dlm satu2 masa..kemudahan surau akan disediakan dan berbagai2 lg prasarana & fasiliti bg memudahkan penyokong menikmati kegirangan bola sepak tanpa melupakan tanggungjwb dan keperluan lain..

melihat lakaran yg disediakan,aku agak teruja krna nampaknya stadium ini mungkin akan menjadi stadium pertama yg tiada balapan,ataupon sng crite ala2 BPL rekabentuknya...stadium sebegini mampu meningkatkan lg 'kepanasan & keghairahan' menikmati sukan bola sepak ini..jarak tmpat duduk yg dekat dgn padang mampu memberikan aura yg berlainan dlm sesebuah perlawanan..huhhh..we can hear what player shout while they're playing..it's thrilling...that's the way to enjoy the game and will make ur adrenaline rise higher...argghh..x sbr aku nak masuk stadium bru nih...

pengumuman ini jugak aku kire tepat pd masanya dikala the red warriors sdg menghitung hari untuk beraksi menentang terengganu di final piala FA pd 11/6 nanti...berita ini akan menjadi pembakar semangat dan meningkatkan motivasi mereka untuk memenangi perlawananan tersebut...pialo FA so,kawe nok oda meal siap skali nga Piala Malaysia nga Kjuaraan liga..hahahaha...go more klate go more....

i really do think that Red Warriors fans couldnt ask more from state goverment regarding this matter right now..just let 'em do their job, and just enjoy the moment while we're waiting for the completion of new stadium..it's official statement from Tuan Guru and what best for us now is let's keep praying that allah will grant our hope this time....ameen...

Petikan ucapan TUAN GURU:

Kenyataan Media YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

*Sumber: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000127833512#!/trwnetwork

No comments:

Post a Comment