Wednesday, November 11, 2009

7 Golongan yg dinaungi di akhirat kelak

slm....
Dlm entry kali ni aku nak postkan tentang 7 golongan yg akan dinaungi di akhirat kelak...hadis ni aku blajar msa nak amik SMU kat kg.dangar dulu...matannya aku igt2 lupa..syg skali bila lupa hadis2 yg pernah dihafal masa kecik2 dulu...artikel ni aku jumpa sms tgh membaca..kredit kpd sesiapa yg menulisnya..semoga akan menjadi salah satu dari 3 saham yg akan dibawa ke akhirat...amin..aku hanya re-publish shj...

..............................................................
Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).
Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya.

Rasulullah S.A.W. bersabda: -
"Tujuh golongan bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:
1.Penguasaan pemimpin yang adil.
2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
4.Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".
6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.
7.Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Imam Bukhari & Muslim).
............................................................

Rasanya x perlulah aku huraikan hdis ini.aku yakin dan percaya mereka yg membaca ni cukup bijak dan pandai utk memahami maksud tersirat dan tersurat di sebaliknya..semoga kita akan tergolong dari salah satu golongan yg disebutkan di atas ini..fikir2 lah...

Later...

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Monday, November 9, 2009

campur je la....

slm....

Hampir seminggu aku x update blog ni..nak menulis pun aku msih lg xde mood..serabut dgn bermacam2 perkara..namun begitu minggu ni tetap ceria dgn double 4-1 dari arsenal...first kat emirates dgn Az alkmaar dan yg kedua di molineux reban serigala..Fabregas semakin menyinar semenjak menjaringkan gol semasa derby match..meneruskan rekod jaringannya di europe dgn 3 gol dr 4 game..skali lg menemui sentuhan d molineux hasil tapping cantik dr v.persie...puas hati dgn keputusan minggu ini..dari segi bolasepak aku mmg gembira..adrenalin sentiasa memuncak...diiringi pula dgn berita MU menerima kekalahan ke-3 musim ini sekaligus memberi laluan kepada skuad kita utk berada di tempat ke-2 dgn kelebihan 1 game di tgn..terima kasih daun keladi...slepas ni minggu interlull...leceh tul..boring la ckit nmpaknya..

exam aku ada 3 paper lg..tapi exam kali ni sgt berlainan dr exam sblm2 ini..lgsung xde smgt nak jwb exam..tp alhamdulillah,stakat 2 paper ni aku msih lg ok wlaupun kdg2 ms dlm dewan tu rasa mcm nak keluar j..kalo blh nak tulis nama je,isi no matrix n then kuar..tp xleh lah wat mcm tu kerana diri ini membawa harapan setinggi gunung everest..so kene buat yg terbaik lah..harap2 resultnya pun baik jgk lah...

Tahniah aku ucapkan kpd kawan aku,Ahmad Syamil Fathi yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dgn pasangannya,Nur Liyana Azuddin..bagaikan pinang dicantum2..bukan belah ek..kalau belah terpisahlah ia..he3...semoga anda berdua dikumpulkan dalam kebaikan di dunia dan akhirat,insya allah...ini kes ke-3 kawen 1 batch x silap aku...wah..kawan2 da ramai kawen ni...

اللهم ارحمهما وباركهما وجمع بينهما في الخير في الدنيا والأخرة

kay...membe2 da bising ni nak discuss tafsir..dah lah soalan dekan mmg susah..melihat soalan2 yg lepas membuatkan aku tergamam..patut la dekan jadi dkan..soalan dia mmg kaw2..

Later...

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Wednesday, November 4, 2009

Arsenal vs Alkmaar - Pre match

slm...

jam 3.40 pg nanti(waktu malaysia),arsenal akan melayan kunjungan ronald koeman and co. yg dtg bertandang dlm matchday 4 champion league.Ronal koeman yg mempunya rekod tanpa kalh berhadapan wenger sudah pasti ingin meneruskan pencapaian tersebut.Perlawanan terakhir koeman menentang regim wenger ialah pada knock-out stage 06-07 yg berkesudahan kita tewas agregat 2-1...

Arsenal yg tgh on-form sekarang pasti mahu melayakkan diri ke pusingan kalah mati secepat mungkin..jadi kemenangan mlm ini kan mengesahkan kedudukan kita ke peringkat seterusnya.tempat ke-2 sekurang2nya terjamin...dgn kualiti perlawanan yg ditunjukkan semasa menentang spurs sabtu lalu,aku yakin kita akan menang mlm ni..az alkmaar yg hanya memungut 2 mata setakat ini pastinya mahukan kemenangan utk menghidupkan sisa2 harapan mereka..namun aku positif pasukan kita akan menyelesaikan tugas mereka mlm ni..

Clichy dilaporkan mengalami kecederaan belakang dan out untuk 2 bulan..jadi kieran gibbs akan mengambil alih posisi left back semntara armand traore baru shj pulih dr kecederaan..Rosicky kembali utk perlawanan ini,namun x akan stat 1st eleven.. vela,wilshere,fabianski,denilson,djourou dan bendtner sumenya masih lg dlm umah sakit mengambil cuti emergency..

...............Almunia..............
Sagna-Gallas-Mael-Gibbs
Fabregas-Song-Diaby/Nasri
Dudu-v.persie-Arshavin

aku predict 3-0 untuk arsenal mlm ni..

Astro Ch. 813, 3.40 pg,(live).....

Roda2 kehidupan.....

Slm

Kpala otak aku agak serabut sekarang ni..fatrah peperiksaan semakin menghampiri..tekanan semakin dirasai..namun apa yg membuat aku tertekan bukanlah pasal exam krn dlm otak aku skrg ada perkara lain yg menghantui..

Tinggal setengah hari sahaja lg sebelum 1st paper yg akan aku duduki..erk...paper,bukan kerusi..ada rakan2ku yg sudah berjuang menempuhi ujian “dunia” mereka kelmarin..kos aku agak beruntung krn start 2 hari lbih lmbt dr tarikh exam bermula..so masih ada lah lg masa utk study,@ bermalas2an sbnrnya..ha3..depend pd person la..blh smbg tgk movie…:-p

Byk perkara yg berlaku dlm minggu ni..ada naik dan turunnya..biasalah,kehidupan..ada berita yg agak mengejutkan,ada perkara yg agak menggembirakan,namun di sana jg ad perkara yg membuatkan aku agak terkilan dan kecewa..walaupun nampak kecil,namun bagi aku sudah ckup utk mengalihkan perhatian dr exam…

M’dgr khabar berita bhw seorg sahabat baik aku akan berkahwin x lama lg, it’s really2 shocking me..aku turut gembira krn dia akn menamatkan zaman bujangnya,namun agak terkejut krn x sangka masanya sudh smpai..tidak sangka terlalu cepat sebegini..begitu cepat masa berlalu..pejam celik pejam celik,da nak kawen rupanya..masa dia mula2 ckp kat aku dia nak kawen,aku agak x percya,,xtau knp,tapi mmg sgt2 mengejutkan aku..adalah dlm sejam lebih bru aku dpt recover blik…angin pasang kot..ha3..apapun aku ucapkan tahniah kpd kawan aku tu dan aku doakan agar dia akn hidup bahgia dgn pasangannya selama mana mereka bernafas di muka bumi allah ini..

اللهم ارحمهما وباركهما وجمع بينهما في الخير في الدنيا والأخرة

Jumaat,30/10,buat kali pertama umah aku buat open house…he3..agak gembira rasanya bila dpt ajak membe2 dtg mkn2 kat umah aku ni..tambah2 lak umah bujang kan....hmmm..agk kelam kabut kitorg masak ari tu...antara menu yg disediakan ialah bee-hoon sup,ayam n sosej bakar,sate,puding n keropok..err..keropok blh masuk menu ke?apa yg lebih memuaskan hati aku ialah menu tu sume kitorg masak sendiri kecuali sate tempah kat kedai dan keropok(mintak tlg kawan aku goreng..thanx to tia dan rakan2)..mak cik depan umah agak terkejut sbb aku kata kitorg masak sendiri..ye la,biasanya zaman skarg ni kan catering..tp dak2 umah sewa,mmg xleh blah..bole2 je nak jimatkan kos..

Apa yg melucukan ialah(menyakitkan sbnrnya) msa aku ngan membe aku nak angkat sup tu transfer dri dlm periuk kedlm bekas,sup tu blh tertumpah pulak,,kene kat kaki aku..dah la sup tu bru lps mendidih..kene pulak periuk tu bapak nye besar..korg bajet la,sup tuk mkn 100 org..mau x bsr periuk..mmg panas..tp terpaksa thn sbb takut sup tu tumpah sumenya..alamatnya umah tertutup la plak mlm tu..alhamdulillah,kaki aku x melecur pun..mujur tuhan lindung..kejap2 je terigt,kalo sup mendidih camtu pun aku dah rasa panas,bagaimana agaknya api neraka allah nanti??????Nauzubillah min zalik..semoga Allah melindungi kita sume dri azabnya…amin..


Di sebalik kegembiraan.terselit jugak kekecewaan dan keterkilanan..xperlulah aku sebutkan disini..namun apa yg bermain di fikiran aku ialah sejauh mana aku perlu lakukan utk setel mslh problem ni..terigt aku kpd firman allah s.w.t dlm surah ar-ra’du:

الذين ءامنو وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألا بذكرالله تطمئن القلوب
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”Ar-ra’d (28)

Sesungguhnya janji2 Allah itu benar..sebagai peringatan buat diri aku sendiri terutamanya dan bg mereka yg membaca nukilan aku yg lemah ini..renunglah ayat diatas ini dgn sepenuh perhatian..mengetahui bukan bermaksud mampu mengaplikasi..apa yg pentg disebalik pengetahuan kita ialah sejauh manakah mampu kita amalkannya..terigt kata2 org2 bijak pandai terdahulu “ilmu tanpa amalan samalah seperti pokok yg tidak berbuah”..semoga kita tergolong dlm golongan org2 yang diberikan petunjuk ke jln yg benar..amin..

Aku hentikan nukilan aku di sini buat sementara,aku bawakan ayat ini utk kita renungkan bersama….

إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لأيات لأولي الألباب*الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السموات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقناعذاب النار


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal*, (yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” Surah Ali-Imran (190-191)

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Tuesday, November 3, 2009

Rumah Terbuka PT5847 part II


Pergh..kalo blh jual moto2 ni..mmg masyuk arrr...


tetamu kehormat,mak cik siti ngan anaknya..


ni sepupu ejam...


ini geng pak haji ni...


Makan kat luar pun jadi..org bujang la katakan...


err..bukan bini2 aku ye..tp kwn2 aku yg tlg goreng keropok tu...


Adik aku ngan membe2 dia..siqoh,xnak pandang kamera..ha3


chef umah kami,peja...baju merah putih..

corot..shufle corot..shuffle...

ish,asal gambar je muka diorg..asal diorg je,ada gambar...ha3

p/s:tq pada kak yah arieqal catering kat akasia yg bg kami pinjam bekas air,periuk,senduk,pengepit dan trail...kalo x, masak jgk kami nak carik bekas nak wat letak hidangan...aku recommend korg mkn nasik kerabu kdai dia..sdap weh...he3..

Rumah terbuka PT5847

slm....
Jumaat,30/10..rumah aku mengadakan majlis mkan2..bermula pd jam 8.30 mlm lebih kurg..kat sini aku letakkan gambar utk tatapan membe2 aku yg x dpt dtg..yg berada jauh kat mesir nu,sori ek..aku bg gmbr je lah..nak ajak korg jauh sgt..he3...layannn....


Nah haikal..gambar ko..siap tgh bakar ayam lg...

Puding..laku seh..habis 7,8 bekas mlm tu...




Ni bahagian bakar ayam....

Antara tetamu2 yg hadir....

Abe ja tu...sos dok mano weh!!!!!

p/s : Terigt kata2 ust faisal smasa aku ngan membe2 g braya umah dia d bukit antarabangsa.." dtglah lg..sy seronok kalau ad tetamu dtg..membawa rahmat masuk ke dlm rumah..."

Sunday, November 1, 2009

North London Derby - Ayam Kene Bakar!!!!!!!!


Slm....

yeehhaaaaaaaaaa!!!!!!mlm yg sgt mgembirakan bg peminat the gunners di seluruh dunia...Robin van persie menjaringkan 2 gol dan sebijik gol solo dari fabregas "senchou" sudah cukup utk membuatkan red-nap dan roby keng menelan balik kata2 mereka..bak kata prof,"spurs are 12 years behind arsenal"..hwa3..

15 minit pertama agak slow pd pandangan aku..sama slow dgn pengadil yg x memberikan kad kuning kpd bentley berikutan tackle kerasnya terhadap abg mael..sedikit terkilan dgn keputusan pengadil..minit ke-16,gallas menanduk bola hantaran free kick v.persie namun sedikit tersasar...game mula panas sedikit..dlm 2 minit berselang,arshavin memecah masuk ke dlm kotak penalti spud,melepaskan rembatan namun terkena defend..nasib seakan menyebelahi arsenal apabila bola tersebut menuju ke arah fabregas yg terus melepaskan sepakan kearah gol spurs,namun gomes yg bertgn panjag berjaya menahan bola dari menerjah belakang gol...on the other hand, keane berjaya dihalang oleh song dan gallas,cross dr crouch dikeluarkan oleh mael dan skali lg keane yg berjya lolos dri prgkap offside terlepas bola di hadapan gol...

Minit ke 36,nicklas bendtner terpaksa dikeluarkan krn mengalami groin injury..agak kasihan melihat dia terhincut2 menahan sakit di atas pdg..nak kejar bola pun x larat..eduardo masuk..3 minit berbaki sblm tamat 1st half,kedua2 pasukan tampak akan menuju ke bilik persalinan dgn tgn kosong,namun sagna ada idea yg memeritkan hairy red-nap yg seakan lega sbb arsenal x score2 lg..beliau m'hantar bola kdlm kotak penalti dan v.persie berjaya m'curi ruang di hadapan king untuk meledak masuk gol pertama arsenal..one nil to the arsenal....v.persie mcm biasa,berlari menuju ke arah peminat utk celebrate golnya sambil2 menganggukkan kpalanya dgn tgn yg terbuka..trademark la tu..syg btul dia ni kat fan2 arsenal..

Blum habis keseronokan meraikan gol v.persie,tiba2 aku tgk fabregas dah tolak bola celah kangkang king,strusnya melpaskan sepakan meninggalkan gomes kepeningan..sume player spud mcm kene tembak meriam..kelu x terkata..11 saat..ya,11 saat(waktu permainan) adalah jurg diantara gol v.persie dan fabregas senchou..skali lagi penonton2 bersorak..wpun agak terpinga2 dgn gol t'sbut,namun gol ttp gol dan semestinya kene celebrate..slepas espn wat replay blik bru la tahu rupa2nya bola tersebut dirampas kat tgh pdg masa sepak mula utk spud..kredit tuk v.persie yg mengacah palacios membuatkan dia terpassing kat fabregas..fabregas pulak apa lagi,buat hal la..sweet goal from our captain,2 nil to the arsenal...

2nd half bermula..arsenal mula mengatur lgkah dlm mencari gol ke-3..killing goal..eduardo terlepas 2 peluang keemasan..dan yg pling xleh terima ialah smsa dia lolos dr offside trap,hnya tinggal dia dan gomes 1 on 1..spatutnya dia chip je bola tu kat atas kpala gomes..kasi lemas..namun aku pun xtahu apa kena,dudu mcm hesitate,last2 dia sepak leret je..gomes tertewas namun bola keluar melalui tepi tiang..pelik,tetapi benar...

Namun tu semua dah x menjadi mslh sbb sebelum tu arsenal dah leading 3-0..assou-ekoto melakukan kekasaran t'hadp dudu di seblh kiri padang spurs,linesman da angkat bendera,sagna yg collect bola da berenti dan player2 spud pun da brenti mengejar...namun ref pulak xnak brenti,dia bg advantage kat sagna,apa lgi..mamat ni da prasan game still on trus cross bola ke dalam kotak penalti mencari van persie..skali lg 4 watak utama dl goal pertama arsenal,kali ni bola terlepas dri tangkapan gomes dan kaki king,terus menuju ke kaki v.persie yg dah semestinya xkan miss bola t'sebut..2 assist tuk sagna..sape amek dia men fantasy mmg masyuk lah..

3-0,kdudukan sgt selesa utk arsenal...almunia membalas kepercayaan wenger yg memilih dia m'jd keeper mlm ini dgn menyelamatkan free kick dari bentley serta bbrapa percubaan lain dr
spurs..cayalah bro..sementara itu arsenal berpeluang menambah gol lg,namun mcm2 lah...mls aku nak sebut..wenger pulak macam marah2 kat tepi pdg..siap baling kot lg..aku tertanya2 knp..rupa2nya player2 x dpt dgr dia menjerit dr luar..sbb tu dia frust...mgkin dia xnak midfield expose sgt kot..bg plindungan kat back-4..

Credit to defend department..sagna,gallas,mael n clichy yg btungkus lumus close down ruang2 kosong dri diexploit spurs...song,terbaeeekkk dri ladang la bai!!!!mmg menjadi mlm ni..melindungi back 4 dgn kental dgn smgt cameroonnya..give him more time, he wil grow to be a world class holding midfielder..diaby???rambut dia makin tebal..ha3..

anyway,enough is enough..ayam da kne bakar..so blik la red-nap,rob-b-king n pengikut2 dgn penuh kekecewaan..hu2..still,spurs are 12 years behind the gunners..he3..len kali jgn ckp bongkak sgt..kan dah kene panggang..

Gunners till there is no football

p/s: arsenal akan ke umah mak cik ct tuk carling cup..apa agknya yg akan wenger sediakan utk adebahyor yg makin byk mulutnya tuh???

Saturday, October 31, 2009

North London Derby - Kasi BBQ itu ayam!!!!!!!!


Slm..
Mlm ni arsenal akan turun ke ashburton grove utuk melayan jiran tetangga yg akan bertandang mmenuhi undangan umah terbuka the gunners...he3..Aku percaya perlawanan ini antara perlawanan yg dinanti2kan oleh peminat2 kedua2 pasukan khususnya dan pencinta bola sepak BPL umumnya..

selepas keputusan yg agak mengecewakan di upton park minggu lepas,para peminat arsenal semstinya menagih ssuatu yg positif dari team kita mlm ni..dan bg aku ini adalah antara saat yg terbaik utk menggembirakan peminat dgn memenangi perlawanan ini..

North london derby bg aku lebih penting dari menentang MU,chesi,liverpoo maupun man.city..masih lagi berbekas dlm jiwa ini kekecewaan di emirates season lepas..mendahului 4-2 hanya untuk bolos 2 gol pada minit2 akhir..hampir gila aku dibuatnya malam tu..kegembiraan menyambut gol keempat robin van persie dikecewakan dgn silly mistake dari defender..smoga dgn kehadiram abang mael akan membantu team kita dlm mengekang asakan dr team cap ayam pd mlm nanti..

Luka modrik,lennon ngan defoe dikhabarkan tidak akan bermain mlm ni gara2 terjatuh tersepak tunggul di taman permainan awam kat london..jd striking force mereka akan berkurangan sdikit..namun apa yg perlu diambil perhatian bg aku adalah pete kerauch..rekod golnya menentang arsenal sms bersama dgn liverpool sdkt sbyk merisaukan aku..namun begitu aku yakin defend kita ada solution utk kerauch ni..

Pakcik wenger kata arshavin adalah "man in charge" mlm ni dlm operasi membakar ayam semasak2nya..aku sgt brsetuju bahwasanya brader savin ni mmg ada umphh!!bole buat gerakan2 berbahaya dlm sekelip mata..the little magician from russia la katakan..smoga brader kita ni boleh perform mlm ni..tunjukkan tag 16 million yg tlah kami blanjakan utk anda adalah berbaloi2..bukan mcm pakcik robbie keng yg berjaya memberikan kerugian 5 million kpd pool dlm ms 6 bulan saja..hwa3..

No new injury di kem arsenal selain dri fobianski yg kembali masuk ke wad sakit..rosicky masih lg dlm status was-was..kene bg pakai zaitun mmat ni..namun apa yg menceriakan ialah kembalinya nasri ke dlm skuad..aku nak tgk dia dlm 1st eleven mlm ni..

Gunners till there is no football...

Prediction: Arsenal 3-1 Tottenham....

p/s: dgrnya adebahyor melalut lg dalam paper..x abes2 lg dengkinya kat arsenal...penat pun ad..

Thursday, October 29, 2009

Ar-Rahman - Yang Maha Pemurah

Slm..

Dlm entry pertama aku,aku dah ceritakan sedikit tentang kenapa Bismillah tu tidak diletakkan kalimat fe’el atau isim di hadapannya..jadi dlm entry ni,insya allah akan aku kupas sedikit mengenai sifat Rahman …

Ar-rahman…Ar-rahman merupakan salah satu sifat dari sifat2 yag Allah s.w.t letakkan pada dirinya..Sebagaimana yg kita ketahui,Allah swt mempunyai 99 nama@sifat yang ada pada dirinya.Jadi untuk mengenali allah,kita sebagai manusia boleh mengenalinya melalui sifat-sifat yg tlh ditentukan olehNya sendiri.


و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها

Dan bagi Allah itu nama-nama yang cantik maka berdoalah kepadanya dengan menggunakan nama-nama tersebut”

Ar-rahman bermaksud yang Maha Pemurah.Ertinya allah s.w.t sangat pemurah terhadap makhluk2nya.sifat ini meliputi kesemua manusia di atas bumi ini yakni Allah s.w.t memberi kepada semua orang tanpa mengira bangsa,agama dan budaya.Sebab itu kita lihat,walaupun ada diantara manusia ini yg kufur kepada Allah,namun Dia tetap memberikan nikmatNya kepada mereka. Sekiranya kamu berusaha di atas dunia ini,tuhan akan bagi. Dan sekiranya kamu tidak berusaha wahai manusia,maka semuanya terpulang kepada kamu.

“Doh nok wak rano,buke rezeki kito”…Selalu terdengar ungkapan2 seperti ini dan yang seangkatan dgnnya di sekeliling kita.Kadang2 kita terlalu cepat berputus asa dalam berusaha.Skali gagal dah give up,cukuplah stakat skali je.Sbenarnya kawan2ku skalian,skali gagal bukan bermaksud gagal slama2nya.Yes,mungkin perkara yang kita hajatkan itu bukanlah rezeki untuk kita pada kali pertama kita mencubanya!!!Mungkin slepas kita berusaha buat kali kedua atau kali ke-3 maka Allah s.w.t akan berikannya kepada kita.Mungkin juga sampai 99 kali!!!dan sekiranya kita x dapat jgk apa yang kita impikan..maka janganlah bersedih kerana sesungguhnya rahmat Allah itu sgt2 luas. Luas macam mana,x dapat kita bayangkan..

Aku nak bawak satu contoh kat sini…Manusia biasanya mudah tertarik kepada manusia lain sekiranya orang itu berbuat baik kepada mereka. Ok,contohnya macam ni,kalo ada sorg membe korg yg memg baik hatinya,x lokek,sentiasa murah hati,kalo kwn2 lain ada mslh dia sentiasa menolong,mesti korg suka org camni kan?so kalo dia susah ke ape ke,korg pun sanggup tuk tolong dia balik..maksudnya x berkira sgt lah dgn dia. Tapi manusia ni kadang2@selalu terlupa tuk bersyukur kpd Allah s.w.t yg bersifat Ar-Rahman ni..yg sentiasa memberikan udara untuk kita bernafas, memberi air untuk kita minum,cahaya matahari untuk meneruskan kehidupan dan bermacam2 lagilah nikmat yg x dapat kita bayar sebenarnya. Cuba bayangkan allah s.w.t cas pd kita untuk setiap nikmat yg dia beri..konpem xleh nak bayar..sebab tu aku kata kita sbnrnya sangat beruntung kerana dapat menghembuskan nafas sehingga ke saat ini!!!

Oleh itu wahai kawan2ku,sentiasalah dekatkan diri kepada Allah s.w.t.,x kiralah semasa kita senang ataupun susah.Kebiasan manusia ialah mereka hanya kembali kepada Allah s.w.t semasa mereka dlm kesusahan.dan bila dah senang balik,mereka pun kembali ke jalan lama…Berdoalah agar kita dapat menjauhi tabiat seperti ini..dan biasakanlah meminta dan bersyukur kepada Allah s.w.t. setiap masa..kerana Allah s.w.t sentiasa dekat dgn hamba2nya..x pernah tidur,x pernah merungut,x pernah merajuk dan sentiasa membuka pintu setiap masa kepada mereka yg ingin mendekatiNya…

Bayangkan betapa pemurahnya Allah s.w.t,bersedia untuk mendengar permintaan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,x kira masa,x kira tempat…Cuba bayangkan semasa kita berdoa,tiba2 terdengar bunyi seperti berikut “The number u have dialed, cannot be reach at the moment. Please try again, later”..x ke naye(baca:kasihan) kite kalo tuhan buat mcm tu…Kejarlah janji2 Allah yang telah dia sediakan utk kita,semoga kita akan bahagia di dunia dan terutamanya di akhirat negeri yg kekal abadi dan tiada penghujungnya..

Wallahua’lam…


وسارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السموات والأرض أعدّت للمتقين

Dan berlumba-lumbalah kamu dlm memohon keampunan dari tuhan kamu dan kejarlah Syurga yang mana luasnya adalah sebesar langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Young Guns swimming on the pool...

Slm...

Seperti yang dijangkakan,perlawanan yg sgt menarik dan mendebarkan..bendi the pinky memastikan arsenal mara ke quarter final dgn jaringannya pada minit ke-50 selepas merida dan insua masing2 mnjaringkan gol pertama mereka utk klab masing2..kekalahan ini skaligus meneruskan rekod liverpool yg tersingkir buat kali ke-6 berturut2 di tgn kelab london dlm kempen carling cup..

Persembahan arsenal pada 15 minit pertama agak goyah..mungkin kerana nervous bertemu dgn kelab yg agak besar dlm saingan carling cup ni...Philip Degen hampir membolosi gawang arsenal pd minit ke-9 hsil flick yg cntik dr ngog namun sepakannya melencong ke tepi...arsenal kemudian membalas dgn gerakan cantik hasil gandingan ramsey,merida,bendi dan dudu,namun niat bendi utk melakukan hntrn blik kpd ramsey x kesmpaian krn bola tsangkut kat kaki dia..gerakan yg sgt cantik dan lg bagus kalo msuk gol..minit ke-19,merida yg menerima jolokan dr eastmond melepaskan rembatan padu ke arah gol menyaksikan keeper pool tewas gak akhirnya..one nil to the arsenal..

barisan midfield arsenal yg terdiri dri 3 pemain berusia 19 tahun dan k bawah sedikit goyah dr segi defend dlm perlawanan ni..aku agk x puas hati apabila insua menjaringkan gol penyamaan pd minit ke 26 krn spatutnya bendi boleh close mamat tu dr melakukan sepakan..tp gol insua tu mmg cantik..xleh tahan..fobiasnki lak msih lg x brape betul positioningnya..wenger kne ajar keeper2 kita supaya bleh adjust positioning dgn btul..

5 minit sebelum 1st half berakhir,arsenal mlancarkan serangan bertali rafia ke kubu liverpool,namun begitu sepakan potato,dudu dan bendi berjaya dihalang dlm suasana yg agk kelam kabut di dpn pintu gol..aku dan 2 membe aku(pool fans)tergelak2 tgk keadaan mcm tu..tp bengang jgk ahh sbb x gol kan...5 minit slps 2nd half bermula,bendi berjaya mengawal bola dgn baik dlm kotak penalti sebelum melancarkan peluru torpedonya ke arah langit gol liverpool..satul gol yg sgt bagus..mcm tu la bendi,baru striker namanya..patut la dia dok merepek meraban kat pak cik wenger nak main kat role tgh..sng nak score gol katanya..
Bru je skejap pas bendi skor,voronin lak buat hal..mcm mana tah mamt tu boleh terlepas dr bhgian kiri arsenal,dribble bola ckit n then shoot ke arah gol..fobianski tertewas,namun bola tetap xnak masuk gol jgk,terus melencong ke luar pdg..skali lagi arsenal terselamat..

slepas gol ke2 arsenal permainan boleh dikatakan seimbang..arsenal dan liverpool saling berbalas tembakan namun xde yg menembusi sasaran..yg paling close pun msa kunyit cross masuk kotak penalti,tp babel x sempat sambg..seb bek..randall masuk mgantikan eastmond,sanchez watt tuk bendi..x sempat lagi bendi nak panaskan punggug kat bangku simpanan.watt hampir2 menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari luar kota penalti..cuba meng"ayam2kan" defend pool,tapi x lepas sbb watt ni masih lg katik,x cukup zat lg..tp gerakan dia mmg bagus..boleh cr makan budak ni..

minit ke-86.coquelin masuk mengantikan merida,mmg wenger nak kasik bertahan je ni..dah ujung2 game tu,kekepohan skali lg berlaku dlm kotak penalti arsenal..aquillani plak nak tunjuk belang,cuba mlakukan libasan maut ala2 penjejak badai ke arah goal arsenal selepas kekalutan dlm kotak penalti..namun begitu di saat2 inilah senderos memunculkan diri dia kat dpn aquillani sambil menahan bola tersebut ala2 muay thai..replay menunjukkan bola terkena tgn senderos,tapi nak wat camne,pengadil lak x nampak..fuh..selamat..


Overall aku puas hati dgn persembahan budak2 mlm ni..eastmond,gilbert,merida menunjukkan mereka mempunyai bakat yg sgt2 besar..patutlah wenger xnak bg merida pegi buat loan..rugi katanya...dah latih elok2,bagi org pakai pulak..gilbert tu aku tgk dah mcm bulldozer lak..ke sana ke mari menerjah org..lama x tgk RB arsenal mcm ni..eastmond lak ckup2 impressive utk 1st debut dia..rambut dia nak sama mcm walcott..ha3..namun aku agak risau melihat fabiasnki,still shaky..ke makan ubat byk sgt..harap2 lps ni dia boleh improve tang nervous dia tu..nasiblah voronin x sempat rampas bola ngan dia..ada 2 kali aku rsa decision making dia agak teruk..
kembalinya samir nasri memberi dimensi baru kpd arsenal..x sabar2 aku nak tgk dia main ganti si diaby kat midfield arsenal..credit to dudu,ramsey,gibsy ngan silvester atas persembahan mantap anda..cantik lah tackle2 potato head mlm ni..ape2hal pun,syabas betti merebai utk young guns..kita tgk sape plak yg kene slps ni..

p/s: vela cemburu tgk jack sparrow ngan armand traore mengorat awek2 nurse arsenal..so dia ikut la skali..patut la xde dlm skuad..last submission rupanya.ape2hal pun aku harap diorg cpt kluar dari wad..dgrnya chelsi ngan city turunkan skuad utama lwn bolton ngan scuntorphe united..waaa..ini series..he3..

Wednesday, October 28, 2009

Arsenal vs Liverpool....Pre Match..

Slm..

Dlm masa beberapa jam lagi,skuad arsenal akan turun ke padang dalam misi memburu kemenngan melawan liverpool..Cuma apa yang membezakan match kali ini ialah ianya berlangsung untuk arena Carling Cup..

Arsene wenger,dikenali ramai kerana berani membariskan pemain2 muda dalam memburu carling cup..dan yg paling close skali dlm memburu carling cup ialah final 2007..aku igt lagi masa 2 diaby sepak kepala terry,kegirangan ketika walcott menjaringkan gol pertama arsenal dan kekecewaan ketika drogba memusnahkan harapan young guns untuk memegang piala pada hari tersebut..agak frust jugak krana kitorg berusaha untuk fly kuar dari asrama,mengayuh basikal ke pekan Kuala Kubu Bharu yg tercinta,lepak kat bidayah sampai bergelas2 minum..tapi kalah akhirnya..namun begitu aku tetap bangga menjadi penyokong arsenal dan aku tetap menyokongnya sehinggalah ke saat ini..

Ok,berbalik kpd match malam ni..Samir Nasri akan turun kembali ke padang buat kali pertama untuk musim ini selepas patah kaki akibat dirembat diaby ketika pre-season di austria julai lalu..agak tidak sabar untuk melihat aksinya kembali..adakah beliau akan menjaringkan gol malam ni?sama2 kita nantikan..

Memori 6-3 di anfield pada kempen 06/07 dijadikan sandaran sbg inspirasi ntuk meraih kemenangan pada malam ini..menurut arsene wenger,dia akn membariskan skuad campuran pada mlm ini untuk menentang Pool,dan aku percaya,benitez pastinya akan menurunkan barisan terkuat yg mereka ada..so,skuad campuran junior dan senior arsenal adalah ditagih untuk mengerah sepenuh kudrat dan tenaga malam ni..aku x kisah bape byk gol yg akan dijaringkan,tapi yg penting adalah untuk layak ke pusingan seterusnya..dan no more west ham tragedy..

Barisan jangkaan aku mlm ni:
..............Fabianski...............
Gilbert-Sandy-silvy-Gibsy
Ramsey-Coquelin-Nasri
Bendi-dudu-vela

Bench:aku xleh nak jangka..hwa3..tp hope merida ngan barazite ada..

Wilshere a.k.a Jack Sparrow senchou(baca:kapten) dan traore telah menandatangani borang utk mengorat awek2 nurse dalam rumah sakit arsenal..so x dpt la nak nengok diorg mlm ni..

prediction: it'll be a very very close match..aku predict arsenal menang 3-2..

Gunners till there is no football..

AstRo Ch811 - 29 Oct - 03.40 am - Arsenal vs Liverpool (Live) ...

Tuesday, October 27, 2009

Umah Terbuka Madam Sera...

Slm..

Kembali semula ke rancangan….xde pape pun..he3..ok2..Dlm post kali ni aku cuma nak letak gambar yg masa kitorg g umah terbuka Madam Sera ari tu. Rumah madam ni kat kawasan nilai 3 kat taman desaria.Masa mula2 madam ckp kwsn umah dia ari tu cuak gak aku nak g umah dia..ye lah,tkut2 makan langsat je,tp rupa2nya aku da penah sampai da kawasan umah dia dulu.Masa tu aku g jln2 release tension..Terjumpa plak kwsn perumahan tu.Mungkin itu ialah suratan yg mengatakan aku akan bertandang semula ke kawasan tersebut satu hari nanti kot..he3..kay,layan..kpd kwn2 aku yg x pegi tu,ni ha gmbr kitorg…zasss…


Beria je makan budok ni......


Nasik goreng tu sedap..pedas2 sikit rasanya...mmg puas ati rrr makan..


Ambil gambar ngan pinggan????
Amaran keras...kene senyum bila bergambar...wahahaha....
p/s: gambar ni hanyalah untuk tatapan anda sahaja..so xyah donlod la ek...tq...

Monday, October 26, 2009

Pak ali yang jujur...

Slm...

Sbnrnya aku nak buat 1 post ari ni,tapi disebabkan kepenatan menghadiri nadwah sepanjang hari,membuatkan otak aku berasa tepu sekejap...namun begitu byk informasi2 menarik yg aku dpt dari nadwah tu..insya allah,kalo ada msa aku akan berkongsi dgn korang sume..Oh ya,aku ada terjumpa cite lawak ni,,mungkin x lawak sgt,tp bg aku adlah sedikit sense of humor...layan....

........................

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. semasa
lalu
kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
dalam
tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya.
Kali ni isterinye pulak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah

"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi
tamak"

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab

"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau
akanbawakan pula Britney Spears... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah
kaubawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga
padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

..................................

ps: pari2 tu tahyul semata2..skadar nak wat gelak bolehlah...he3..pak ali ni boleh tahan gak taste dia,dia mintak britney tuu...he3..tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah mati...peace...

Saturday, October 24, 2009

Hacking + database corrupted+pening...




Salam….

Minggu yg sgt memenatkan utk aku dan kbykn kwn2 aku terutamanya penghuni2 pt5847 nih…skang ni kat USIM da abis da minggu pengajian,so skarang kami ni dalm proses “bertaubat” untuk ulang balik segala apa yg telah kami blajar dlm masa 14 minggu ni…bagi mereka yg sentiasa menghadirkan diri ke klas dgn jasad dan hati2 mereka sekali,alhamdulillah..mgkin skrg mereka mampu mnarik “sedikit”nafas lega sekurang2nya mereka nampak halatuju dalam menempuhi peperiksaan tak lama lagi..Namun bagi mereka yang selalu cerle cerlup(baca;sekejap ada sekejp xde),minggu2 ni lah masanya untuk himpun dan blaja balik apa sbnrnya yg kitorg blaja dlm masa 14 minggu ni…hwa3..penat sehh buat camni…

Bila dah semakin menghampiri minggu2 terakhir ni,dah menjadi rutin bg kitorang berada dlm kekalutan berperang dgn esaimen..ada yg terbengkalai lah,x cukup masa lah,x faham nak wat cmne lah,dan ada jgk sekelompok yg kurang bernasib baik apabila esaimen2 mereka tiba2 menghilangkan diri tanpa mengucapkan selamat tinggal walau sepatah pun..hilang seumpama angin yang berlalu pergi tanpa meninggalkan kesan pun...ap yg aku nak ckp kat sini ialah mereka yg tergolong dlm sekelompok yg kurg bernasib baik tuh..kat dlm umah aku ad 3org yg kene mcm tu bila sampainya hari due date nak antar esaimen ni..membe aku ad yg file esaimennya hilang terus,xtau ntah kemana2..sgala usaha nak buat esaimen tu,penat lelah bersengkang mata,bil letrik lg,tiba2 ilang gtu je.he3..mmg xleh wat apa lah..tapi pling bengang ianya berlaku bila tggl 2,3 jam je lagi nak kne antar..mulalah kepala berpinar2,rambut yg biasanya bleh sikat lurus je tiba2 jd gaya pelik,terpacak sana terpacak sini..hwa3..

Tekanan sebegini membuatkan bdk2 dlm umah kitorg x senang duduk,dan apa yg berlaku akhirnya ialah gelak sorg2,melalak x tentuhala,makn byk2..release tension la katakan..tapi xde la lame2 sgt..sekejap je,but at the end of the day,kitorg tetap kene buat esaimen baru jgk..ye lah,xnak antar kan,xde markah..Mcm aku sndri,projek aku yg seblum ni da siap elok2,tnggl nak burn je tiba2 corrupted..nak insert database pun xleh,apatah lagi nak panggil database tu blik..bila kene mcm tu mmg hangin satu bdan eh..panas je..tapi saat2 mcm nilah sebenarnya menguji kesabaran dan rasionality dlm dri kita ni..terpaksa la buat balik database2 yg corrupt ni..lepas kona sana kona sini ,nak link database pulak x dapat..ntah ape lah x kenenye dgn command2 aku tu,last2 skali aku g rembat command org len,link ngan database aku baru menjadi..lege rasanya bila da siap..hantar je lah wlaupun xdelah sempurna sgt esaimennya..janji dapat markah...

Dan sebnarnya ap yg plg memeritkan kat rumah aku ni ialah internet umah aku kne hack!!!!ini mmg buat aku marah!!!!elok2 kitorg tgh guna nak wat esaimen,tiba2 internet down plak..pnas mmg panas..habis segala password kitorg dipecahkan,membe aku yg kawal bhgian internet ni smpai xde mood dah nak buat keje..memg bengang..dah la ad dikalngan kitorg kene submit assignment pkai e-mail..terpaksa la berhempas pulas balik lawan hacker2 tu..kona sana kona sini.adjust sana adjust sini..da jd mcm adjustable lak..hwa3..hampir sehari rumah aku x dpt connect internet(baru sehari),rasa mcm terputus hubungan dgn dunia luar..chewah..tapi x dpt dinafikan,dlm dunia moden ni segalanya perlu dilakukan dgn pantas..baru terasa betapa besarnya nikmat yg Allah bg ni..so kne la guna nikmat internet ni sebaik2nya..Alhamdulillah,mlm smlm internet umah kitorg dah ok blik,tp terpaksa berkorban la sikit,keluarkan duit ckit sorg tuk cover apa yg patut..dan bila fikir balik,msti ada hikmahnya di sebalik kejadian2 ini,samaada untuk memberikan peringatan kepada kami yg mungkin lalai dlm kehidupan kami ini,atau pun merupakan satu ujian dari Allah s.w.t untuk meningkatkan lagi kesabaran kami sume..dan mgkin jga sbg pengajaran agar kami lbih berhati2 dgn manusia di luar..ye lah,lepas ltak password tu kitorg rasa dah selamat dah kot,tapi rupa2nya tidak..semakin kuat system keselamatan,maka makin power lah org yg nak hack2 ni..


Samalah dgn kehidupan kita ni,perlu sentiasa berhati2 dgn manusia..bkanlah su’uzzon,tetapi lbh kpd menjg dri..yela kan..org zamn skrg ni pelik2.kdg2 luar nmpak baik,tapi isi hati blum tntu lg..tul x?sdgkn kwn2 yg knal 3,4 thun pun blh mkn kwn lg,apatah pulk yg kita x kenal sgt..so berhati2lah..dan sentiasa mohon perlindungan dari Allah s.w.t…..

Kay,aku nak g umah terbuka Madam Sera kat nilai 3 nih..bwk askar2 g mkn free..time kasih madam,blh jgk jimat duit ujung2 minggu ni..he3…semoga rezeki madam dimurahkan dan madam sendiri Dirahmati Allah s.w.t…aminn..

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Friday, October 23, 2009

Mulanya dengan Bismillah.....

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah,akhirnya tergerak jugak hati aku untuk menulis post pertama dalam blog ni...Melihat member2 aku ramai yang dah mula 'berblog',terpanggil jugak rasanya nak ada blog sendiri..ye lah,asyik dok follow blog orang je...Bila dah lama melihat kawan2 ni berkongsi macam2 dlm hidup diorg,x kesahlah dari segi ilmu ke, pengalaman ke, dan macam2 lagi lah membuatkan aku teruja utk berkongsi bersama dengan mereka2 yg di luar sana..



Sebenarnya masa aku buat blog ni pun,aku xde spesifik jenis camne blog yg aku nak buat..bila tgk membe2 aku,rmai yg buat blog jenis keagamaan which is really good..mmg aku tabik kat korang sume arr..mampu post something ilmiah,buat research dalam kitab2,mmg sgt2 hebat...sebab nak wat bende2 mcm ni memerlukan komitmen yg sgt tinggi..yang membaca pun kadg2 smpai penat,inikan pula yg menaip...apa org kata,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...pergghhhh..credit to all bloggers..


Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dalam ilmu nahu arab,ada tiga perkara utama yang menjadikan ayat itu sesuatu yang mufidah.kalau korang pernah blajar matan ajrumiah,pada awal2 matan tu dia sebut "Bermulalah akan kalam itu ialah lafaz yang tersusun yang memberi faedah dgn letaknya dan jenis2 nya ada tiga iaitu Isim(kata nama) dan fe'el(kata kerja) dan haraf(conjenction)yang dtg dengan makna..."aku queote smpai sini je..kalo nak tahu lagi carilah kitab tu kat jaa'far rawas ke,@ mana2 kedai buku yg berhampiran...hwa3..


Ok,apa pointnya kat sini?kalau kita perhatikan lafaz "Bismillah" itu bermula dgn huruf "ب" iaitu haraf..mengikut logik ilmu nahu,haraf ni tidak boleh duduk bersendirian pada permulaaan ayat tanpa sesuatu yang menyokongnya samada Isim @ Fe'el...sebagai contoh,kalu kita mulakan ayat tu menggunakan perkataan "dengan" tanpa ada sesuatu yg menyokongnya di hadapan,maka perkataan tu takkan difahami...contohnya "dengan tangan"...kita takkan faham apa maksud ayat tu kalau kita tak letakkan sesuatu perkataan dpn kalimah "dengan"..ok,skang kita masukkan fe'el kat depan tu,so jadi lah mcm ni"makan dengan tangan"..nampak tak?barulah ayat tu akan difahami..tapi kalo korang blajar lebih lg dlm ilmu nahu,nanti korang akan jumpa la dengan perkataan2 seperti mubtada' muakkhar,khobar jumlah,,dan mcm2 lg la..yg aku nak ceritakan kat sini ialah secara umum sahaja...

jadi apakah hikmahnya Allah s.w.t meletakkan huruf "ب" sebagai permulaan di dalam kalimah sucinya itu?apakah rahsia disebaliknya?....

Ini adalah kerana Alah s.w.t mahu kita memulakan setiap perbuatan kita semasa hidup ini dgn membaca bismillah...sekiranya Allah meletakkan feel khas dihadapan kalimah itu,maka hanya perbuatan khusus itu yg akan dimulakan dgn bismillah..tp oleh kerana Allah mahu kita memulakan semua perbuatan kita dengan bismillah,maka dibiarkan kosong dihadapannya..bila nak buka pintu,bismillah..nak menulis,bismillah..nak membaca,bismillah,makan nasi,bismillah..naik kete bismillah,nak tido bismillah,nak buka laptop,bismillah..dan segala macam perbuatan kita ini dimulakan dgn bismillah...,dengan harapannya,kemuliaan kalimah itu akan turut melekat dalam diri kita...dan mudah2an ianya akan menghindarkan diri kita dari melakukan maksiat..ye lah,xkan lah korang nak dating dengan memulakannya dgn bismillah"shaja aku amek awek aku,nak bwk g jln2 kat tepi tasik,bismillahhirrahmanirrahim",nak hisap rokok baca bismillah,dok berkapel dalam kereta sampai tgh2 mlm buta,starting dgn bismillah...mesti tak kan lah...so sekurangnya2 ia akan menyebabkan kita berasa malu utk melakukan maksiat terhadapNya...dan kepada mereka yg dah mcm biasa je buat bnda2 mcm ni,henti2kanlah..jgn lah terlalu ralik(leka) sgt dlm melakukan bnda2 yg seronok di mata nafsu dan setan ni...dibimbangi sekiranya kita melangkah terlalu jauh,takut2 x nampak jalan pulang..tersungkur di tengah jalan,menabur arang pulak di muka org tua kita..dah lah mak kita ni sampai bertarung nyawa semasa melahirkan kita,kita lak dok bwk anak dara org kuar tah kemana2 tgh2 mlm..fikir2kanlah..langit x selalu cerah..sentiasalah beringat..

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....