Saturday, October 31, 2009

North London Derby - Kasi BBQ itu ayam!!!!!!!!


Slm..
Mlm ni arsenal akan turun ke ashburton grove utuk melayan jiran tetangga yg akan bertandang mmenuhi undangan umah terbuka the gunners...he3..Aku percaya perlawanan ini antara perlawanan yg dinanti2kan oleh peminat2 kedua2 pasukan khususnya dan pencinta bola sepak BPL umumnya..

selepas keputusan yg agak mengecewakan di upton park minggu lepas,para peminat arsenal semstinya menagih ssuatu yg positif dari team kita mlm ni..dan bg aku ini adalah antara saat yg terbaik utk menggembirakan peminat dgn memenangi perlawanan ini..

North london derby bg aku lebih penting dari menentang MU,chesi,liverpoo maupun man.city..masih lagi berbekas dlm jiwa ini kekecewaan di emirates season lepas..mendahului 4-2 hanya untuk bolos 2 gol pada minit2 akhir..hampir gila aku dibuatnya malam tu..kegembiraan menyambut gol keempat robin van persie dikecewakan dgn silly mistake dari defender..smoga dgn kehadiram abang mael akan membantu team kita dlm mengekang asakan dr team cap ayam pd mlm nanti..

Luka modrik,lennon ngan defoe dikhabarkan tidak akan bermain mlm ni gara2 terjatuh tersepak tunggul di taman permainan awam kat london..jd striking force mereka akan berkurangan sdikit..namun apa yg perlu diambil perhatian bg aku adalah pete kerauch..rekod golnya menentang arsenal sms bersama dgn liverpool sdkt sbyk merisaukan aku..namun begitu aku yakin defend kita ada solution utk kerauch ni..

Pakcik wenger kata arshavin adalah "man in charge" mlm ni dlm operasi membakar ayam semasak2nya..aku sgt brsetuju bahwasanya brader savin ni mmg ada umphh!!bole buat gerakan2 berbahaya dlm sekelip mata..the little magician from russia la katakan..smoga brader kita ni boleh perform mlm ni..tunjukkan tag 16 million yg tlah kami blanjakan utk anda adalah berbaloi2..bukan mcm pakcik robbie keng yg berjaya memberikan kerugian 5 million kpd pool dlm ms 6 bulan saja..hwa3..

No new injury di kem arsenal selain dri fobianski yg kembali masuk ke wad sakit..rosicky masih lg dlm status was-was..kene bg pakai zaitun mmat ni..namun apa yg menceriakan ialah kembalinya nasri ke dlm skuad..aku nak tgk dia dlm 1st eleven mlm ni..

Gunners till there is no football...

Prediction: Arsenal 3-1 Tottenham....

p/s: dgrnya adebahyor melalut lg dalam paper..x abes2 lg dengkinya kat arsenal...penat pun ad..

Thursday, October 29, 2009

Ar-Rahman - Yang Maha Pemurah

Slm..

Dlm entry pertama aku,aku dah ceritakan sedikit tentang kenapa Bismillah tu tidak diletakkan kalimat fe’el atau isim di hadapannya..jadi dlm entry ni,insya allah akan aku kupas sedikit mengenai sifat Rahman …

Ar-rahman…Ar-rahman merupakan salah satu sifat dari sifat2 yag Allah s.w.t letakkan pada dirinya..Sebagaimana yg kita ketahui,Allah swt mempunyai 99 nama@sifat yang ada pada dirinya.Jadi untuk mengenali allah,kita sebagai manusia boleh mengenalinya melalui sifat-sifat yg tlh ditentukan olehNya sendiri.


و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها

Dan bagi Allah itu nama-nama yang cantik maka berdoalah kepadanya dengan menggunakan nama-nama tersebut”

Ar-rahman bermaksud yang Maha Pemurah.Ertinya allah s.w.t sangat pemurah terhadap makhluk2nya.sifat ini meliputi kesemua manusia di atas bumi ini yakni Allah s.w.t memberi kepada semua orang tanpa mengira bangsa,agama dan budaya.Sebab itu kita lihat,walaupun ada diantara manusia ini yg kufur kepada Allah,namun Dia tetap memberikan nikmatNya kepada mereka. Sekiranya kamu berusaha di atas dunia ini,tuhan akan bagi. Dan sekiranya kamu tidak berusaha wahai manusia,maka semuanya terpulang kepada kamu.

“Doh nok wak rano,buke rezeki kito”…Selalu terdengar ungkapan2 seperti ini dan yang seangkatan dgnnya di sekeliling kita.Kadang2 kita terlalu cepat berputus asa dalam berusaha.Skali gagal dah give up,cukuplah stakat skali je.Sbenarnya kawan2ku skalian,skali gagal bukan bermaksud gagal slama2nya.Yes,mungkin perkara yang kita hajatkan itu bukanlah rezeki untuk kita pada kali pertama kita mencubanya!!!Mungkin slepas kita berusaha buat kali kedua atau kali ke-3 maka Allah s.w.t akan berikannya kepada kita.Mungkin juga sampai 99 kali!!!dan sekiranya kita x dapat jgk apa yang kita impikan..maka janganlah bersedih kerana sesungguhnya rahmat Allah itu sgt2 luas. Luas macam mana,x dapat kita bayangkan..

Aku nak bawak satu contoh kat sini…Manusia biasanya mudah tertarik kepada manusia lain sekiranya orang itu berbuat baik kepada mereka. Ok,contohnya macam ni,kalo ada sorg membe korg yg memg baik hatinya,x lokek,sentiasa murah hati,kalo kwn2 lain ada mslh dia sentiasa menolong,mesti korg suka org camni kan?so kalo dia susah ke ape ke,korg pun sanggup tuk tolong dia balik..maksudnya x berkira sgt lah dgn dia. Tapi manusia ni kadang2@selalu terlupa tuk bersyukur kpd Allah s.w.t yg bersifat Ar-Rahman ni..yg sentiasa memberikan udara untuk kita bernafas, memberi air untuk kita minum,cahaya matahari untuk meneruskan kehidupan dan bermacam2 lagilah nikmat yg x dapat kita bayar sebenarnya. Cuba bayangkan allah s.w.t cas pd kita untuk setiap nikmat yg dia beri..konpem xleh nak bayar..sebab tu aku kata kita sbnrnya sangat beruntung kerana dapat menghembuskan nafas sehingga ke saat ini!!!

Oleh itu wahai kawan2ku,sentiasalah dekatkan diri kepada Allah s.w.t.,x kiralah semasa kita senang ataupun susah.Kebiasan manusia ialah mereka hanya kembali kepada Allah s.w.t semasa mereka dlm kesusahan.dan bila dah senang balik,mereka pun kembali ke jalan lama…Berdoalah agar kita dapat menjauhi tabiat seperti ini..dan biasakanlah meminta dan bersyukur kepada Allah s.w.t. setiap masa..kerana Allah s.w.t sentiasa dekat dgn hamba2nya..x pernah tidur,x pernah merungut,x pernah merajuk dan sentiasa membuka pintu setiap masa kepada mereka yg ingin mendekatiNya…

Bayangkan betapa pemurahnya Allah s.w.t,bersedia untuk mendengar permintaan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,x kira masa,x kira tempat…Cuba bayangkan semasa kita berdoa,tiba2 terdengar bunyi seperti berikut “The number u have dialed, cannot be reach at the moment. Please try again, later”..x ke naye(baca:kasihan) kite kalo tuhan buat mcm tu…Kejarlah janji2 Allah yang telah dia sediakan utk kita,semoga kita akan bahagia di dunia dan terutamanya di akhirat negeri yg kekal abadi dan tiada penghujungnya..

Wallahua’lam…


وسارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السموات والأرض أعدّت للمتقين

Dan berlumba-lumbalah kamu dlm memohon keampunan dari tuhan kamu dan kejarlah Syurga yang mana luasnya adalah sebesar langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Young Guns swimming on the pool...

Slm...

Seperti yang dijangkakan,perlawanan yg sgt menarik dan mendebarkan..bendi the pinky memastikan arsenal mara ke quarter final dgn jaringannya pada minit ke-50 selepas merida dan insua masing2 mnjaringkan gol pertama mereka utk klab masing2..kekalahan ini skaligus meneruskan rekod liverpool yg tersingkir buat kali ke-6 berturut2 di tgn kelab london dlm kempen carling cup..

Persembahan arsenal pada 15 minit pertama agak goyah..mungkin kerana nervous bertemu dgn kelab yg agak besar dlm saingan carling cup ni...Philip Degen hampir membolosi gawang arsenal pd minit ke-9 hsil flick yg cntik dr ngog namun sepakannya melencong ke tepi...arsenal kemudian membalas dgn gerakan cantik hasil gandingan ramsey,merida,bendi dan dudu,namun niat bendi utk melakukan hntrn blik kpd ramsey x kesmpaian krn bola tsangkut kat kaki dia..gerakan yg sgt cantik dan lg bagus kalo msuk gol..minit ke-19,merida yg menerima jolokan dr eastmond melepaskan rembatan padu ke arah gol menyaksikan keeper pool tewas gak akhirnya..one nil to the arsenal..

barisan midfield arsenal yg terdiri dri 3 pemain berusia 19 tahun dan k bawah sedikit goyah dr segi defend dlm perlawanan ni..aku agk x puas hati apabila insua menjaringkan gol penyamaan pd minit ke 26 krn spatutnya bendi boleh close mamat tu dr melakukan sepakan..tp gol insua tu mmg cantik..xleh tahan..fobiasnki lak msih lg x brape betul positioningnya..wenger kne ajar keeper2 kita supaya bleh adjust positioning dgn btul..

5 minit sebelum 1st half berakhir,arsenal mlancarkan serangan bertali rafia ke kubu liverpool,namun begitu sepakan potato,dudu dan bendi berjaya dihalang dlm suasana yg agk kelam kabut di dpn pintu gol..aku dan 2 membe aku(pool fans)tergelak2 tgk keadaan mcm tu..tp bengang jgk ahh sbb x gol kan...5 minit slps 2nd half bermula,bendi berjaya mengawal bola dgn baik dlm kotak penalti sebelum melancarkan peluru torpedonya ke arah langit gol liverpool..satul gol yg sgt bagus..mcm tu la bendi,baru striker namanya..patut la dia dok merepek meraban kat pak cik wenger nak main kat role tgh..sng nak score gol katanya..
Bru je skejap pas bendi skor,voronin lak buat hal..mcm mana tah mamt tu boleh terlepas dr bhgian kiri arsenal,dribble bola ckit n then shoot ke arah gol..fobianski tertewas,namun bola tetap xnak masuk gol jgk,terus melencong ke luar pdg..skali lagi arsenal terselamat..

slepas gol ke2 arsenal permainan boleh dikatakan seimbang..arsenal dan liverpool saling berbalas tembakan namun xde yg menembusi sasaran..yg paling close pun msa kunyit cross masuk kotak penalti,tp babel x sempat sambg..seb bek..randall masuk mgantikan eastmond,sanchez watt tuk bendi..x sempat lagi bendi nak panaskan punggug kat bangku simpanan.watt hampir2 menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari luar kota penalti..cuba meng"ayam2kan" defend pool,tapi x lepas sbb watt ni masih lg katik,x cukup zat lg..tp gerakan dia mmg bagus..boleh cr makan budak ni..

minit ke-86.coquelin masuk mengantikan merida,mmg wenger nak kasik bertahan je ni..dah ujung2 game tu,kekepohan skali lg berlaku dlm kotak penalti arsenal..aquillani plak nak tunjuk belang,cuba mlakukan libasan maut ala2 penjejak badai ke arah goal arsenal selepas kekalutan dlm kotak penalti..namun begitu di saat2 inilah senderos memunculkan diri dia kat dpn aquillani sambil menahan bola tersebut ala2 muay thai..replay menunjukkan bola terkena tgn senderos,tapi nak wat camne,pengadil lak x nampak..fuh..selamat..


Overall aku puas hati dgn persembahan budak2 mlm ni..eastmond,gilbert,merida menunjukkan mereka mempunyai bakat yg sgt2 besar..patutlah wenger xnak bg merida pegi buat loan..rugi katanya...dah latih elok2,bagi org pakai pulak..gilbert tu aku tgk dah mcm bulldozer lak..ke sana ke mari menerjah org..lama x tgk RB arsenal mcm ni..eastmond lak ckup2 impressive utk 1st debut dia..rambut dia nak sama mcm walcott..ha3..namun aku agak risau melihat fabiasnki,still shaky..ke makan ubat byk sgt..harap2 lps ni dia boleh improve tang nervous dia tu..nasiblah voronin x sempat rampas bola ngan dia..ada 2 kali aku rsa decision making dia agak teruk..
kembalinya samir nasri memberi dimensi baru kpd arsenal..x sabar2 aku nak tgk dia main ganti si diaby kat midfield arsenal..credit to dudu,ramsey,gibsy ngan silvester atas persembahan mantap anda..cantik lah tackle2 potato head mlm ni..ape2hal pun,syabas betti merebai utk young guns..kita tgk sape plak yg kene slps ni..

p/s: vela cemburu tgk jack sparrow ngan armand traore mengorat awek2 nurse arsenal..so dia ikut la skali..patut la xde dlm skuad..last submission rupanya.ape2hal pun aku harap diorg cpt kluar dari wad..dgrnya chelsi ngan city turunkan skuad utama lwn bolton ngan scuntorphe united..waaa..ini series..he3..

Wednesday, October 28, 2009

Arsenal vs Liverpool....Pre Match..

Slm..

Dlm masa beberapa jam lagi,skuad arsenal akan turun ke padang dalam misi memburu kemenngan melawan liverpool..Cuma apa yang membezakan match kali ini ialah ianya berlangsung untuk arena Carling Cup..

Arsene wenger,dikenali ramai kerana berani membariskan pemain2 muda dalam memburu carling cup..dan yg paling close skali dlm memburu carling cup ialah final 2007..aku igt lagi masa 2 diaby sepak kepala terry,kegirangan ketika walcott menjaringkan gol pertama arsenal dan kekecewaan ketika drogba memusnahkan harapan young guns untuk memegang piala pada hari tersebut..agak frust jugak krana kitorg berusaha untuk fly kuar dari asrama,mengayuh basikal ke pekan Kuala Kubu Bharu yg tercinta,lepak kat bidayah sampai bergelas2 minum..tapi kalah akhirnya..namun begitu aku tetap bangga menjadi penyokong arsenal dan aku tetap menyokongnya sehinggalah ke saat ini..

Ok,berbalik kpd match malam ni..Samir Nasri akan turun kembali ke padang buat kali pertama untuk musim ini selepas patah kaki akibat dirembat diaby ketika pre-season di austria julai lalu..agak tidak sabar untuk melihat aksinya kembali..adakah beliau akan menjaringkan gol malam ni?sama2 kita nantikan..

Memori 6-3 di anfield pada kempen 06/07 dijadikan sandaran sbg inspirasi ntuk meraih kemenangan pada malam ini..menurut arsene wenger,dia akn membariskan skuad campuran pada mlm ini untuk menentang Pool,dan aku percaya,benitez pastinya akan menurunkan barisan terkuat yg mereka ada..so,skuad campuran junior dan senior arsenal adalah ditagih untuk mengerah sepenuh kudrat dan tenaga malam ni..aku x kisah bape byk gol yg akan dijaringkan,tapi yg penting adalah untuk layak ke pusingan seterusnya..dan no more west ham tragedy..

Barisan jangkaan aku mlm ni:
..............Fabianski...............
Gilbert-Sandy-silvy-Gibsy
Ramsey-Coquelin-Nasri
Bendi-dudu-vela

Bench:aku xleh nak jangka..hwa3..tp hope merida ngan barazite ada..

Wilshere a.k.a Jack Sparrow senchou(baca:kapten) dan traore telah menandatangani borang utk mengorat awek2 nurse dalam rumah sakit arsenal..so x dpt la nak nengok diorg mlm ni..

prediction: it'll be a very very close match..aku predict arsenal menang 3-2..

Gunners till there is no football..

AstRo Ch811 - 29 Oct - 03.40 am - Arsenal vs Liverpool (Live) ...

Tuesday, October 27, 2009

Umah Terbuka Madam Sera...

Slm..

Kembali semula ke rancangan….xde pape pun..he3..ok2..Dlm post kali ni aku cuma nak letak gambar yg masa kitorg g umah terbuka Madam Sera ari tu. Rumah madam ni kat kawasan nilai 3 kat taman desaria.Masa mula2 madam ckp kwsn umah dia ari tu cuak gak aku nak g umah dia..ye lah,tkut2 makan langsat je,tp rupa2nya aku da penah sampai da kawasan umah dia dulu.Masa tu aku g jln2 release tension..Terjumpa plak kwsn perumahan tu.Mungkin itu ialah suratan yg mengatakan aku akan bertandang semula ke kawasan tersebut satu hari nanti kot..he3..kay,layan..kpd kwn2 aku yg x pegi tu,ni ha gmbr kitorg…zasss…


Beria je makan budok ni......


Nasik goreng tu sedap..pedas2 sikit rasanya...mmg puas ati rrr makan..


Ambil gambar ngan pinggan????
Amaran keras...kene senyum bila bergambar...wahahaha....
p/s: gambar ni hanyalah untuk tatapan anda sahaja..so xyah donlod la ek...tq...

Monday, October 26, 2009

Pak ali yang jujur...

Slm...

Sbnrnya aku nak buat 1 post ari ni,tapi disebabkan kepenatan menghadiri nadwah sepanjang hari,membuatkan otak aku berasa tepu sekejap...namun begitu byk informasi2 menarik yg aku dpt dari nadwah tu..insya allah,kalo ada msa aku akan berkongsi dgn korang sume..Oh ya,aku ada terjumpa cite lawak ni,,mungkin x lawak sgt,tp bg aku adlah sedikit sense of humor...layan....

........................

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. semasa
lalu
kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
dalam
tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya.
Kali ni isterinye pulak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah

"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi
tamak"

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab

"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau
akanbawakan pula Britney Spears... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah
kaubawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga
padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

..................................

ps: pari2 tu tahyul semata2..skadar nak wat gelak bolehlah...he3..pak ali ni boleh tahan gak taste dia,dia mintak britney tuu...he3..tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah mati...peace...

Saturday, October 24, 2009

Hacking + database corrupted+pening...




Salam….

Minggu yg sgt memenatkan utk aku dan kbykn kwn2 aku terutamanya penghuni2 pt5847 nih…skang ni kat USIM da abis da minggu pengajian,so skarang kami ni dalm proses “bertaubat” untuk ulang balik segala apa yg telah kami blajar dlm masa 14 minggu ni…bagi mereka yg sentiasa menghadirkan diri ke klas dgn jasad dan hati2 mereka sekali,alhamdulillah..mgkin skrg mereka mampu mnarik “sedikit”nafas lega sekurang2nya mereka nampak halatuju dalam menempuhi peperiksaan tak lama lagi..Namun bagi mereka yang selalu cerle cerlup(baca;sekejap ada sekejp xde),minggu2 ni lah masanya untuk himpun dan blaja balik apa sbnrnya yg kitorg blaja dlm masa 14 minggu ni…hwa3..penat sehh buat camni…

Bila dah semakin menghampiri minggu2 terakhir ni,dah menjadi rutin bg kitorang berada dlm kekalutan berperang dgn esaimen..ada yg terbengkalai lah,x cukup masa lah,x faham nak wat cmne lah,dan ada jgk sekelompok yg kurang bernasib baik apabila esaimen2 mereka tiba2 menghilangkan diri tanpa mengucapkan selamat tinggal walau sepatah pun..hilang seumpama angin yang berlalu pergi tanpa meninggalkan kesan pun...ap yg aku nak ckp kat sini ialah mereka yg tergolong dlm sekelompok yg kurg bernasib baik tuh..kat dlm umah aku ad 3org yg kene mcm tu bila sampainya hari due date nak antar esaimen ni..membe aku ad yg file esaimennya hilang terus,xtau ntah kemana2..sgala usaha nak buat esaimen tu,penat lelah bersengkang mata,bil letrik lg,tiba2 ilang gtu je.he3..mmg xleh wat apa lah..tapi pling bengang ianya berlaku bila tggl 2,3 jam je lagi nak kne antar..mulalah kepala berpinar2,rambut yg biasanya bleh sikat lurus je tiba2 jd gaya pelik,terpacak sana terpacak sini..hwa3..

Tekanan sebegini membuatkan bdk2 dlm umah kitorg x senang duduk,dan apa yg berlaku akhirnya ialah gelak sorg2,melalak x tentuhala,makn byk2..release tension la katakan..tapi xde la lame2 sgt..sekejap je,but at the end of the day,kitorg tetap kene buat esaimen baru jgk..ye lah,xnak antar kan,xde markah..Mcm aku sndri,projek aku yg seblum ni da siap elok2,tnggl nak burn je tiba2 corrupted..nak insert database pun xleh,apatah lagi nak panggil database tu blik..bila kene mcm tu mmg hangin satu bdan eh..panas je..tapi saat2 mcm nilah sebenarnya menguji kesabaran dan rasionality dlm dri kita ni..terpaksa la buat balik database2 yg corrupt ni..lepas kona sana kona sini ,nak link database pulak x dapat..ntah ape lah x kenenye dgn command2 aku tu,last2 skali aku g rembat command org len,link ngan database aku baru menjadi..lege rasanya bila da siap..hantar je lah wlaupun xdelah sempurna sgt esaimennya..janji dapat markah...

Dan sebnarnya ap yg plg memeritkan kat rumah aku ni ialah internet umah aku kne hack!!!!ini mmg buat aku marah!!!!elok2 kitorg tgh guna nak wat esaimen,tiba2 internet down plak..pnas mmg panas..habis segala password kitorg dipecahkan,membe aku yg kawal bhgian internet ni smpai xde mood dah nak buat keje..memg bengang..dah la ad dikalngan kitorg kene submit assignment pkai e-mail..terpaksa la berhempas pulas balik lawan hacker2 tu..kona sana kona sini.adjust sana adjust sini..da jd mcm adjustable lak..hwa3..hampir sehari rumah aku x dpt connect internet(baru sehari),rasa mcm terputus hubungan dgn dunia luar..chewah..tapi x dpt dinafikan,dlm dunia moden ni segalanya perlu dilakukan dgn pantas..baru terasa betapa besarnya nikmat yg Allah bg ni..so kne la guna nikmat internet ni sebaik2nya..Alhamdulillah,mlm smlm internet umah kitorg dah ok blik,tp terpaksa berkorban la sikit,keluarkan duit ckit sorg tuk cover apa yg patut..dan bila fikir balik,msti ada hikmahnya di sebalik kejadian2 ini,samaada untuk memberikan peringatan kepada kami yg mungkin lalai dlm kehidupan kami ini,atau pun merupakan satu ujian dari Allah s.w.t untuk meningkatkan lagi kesabaran kami sume..dan mgkin jga sbg pengajaran agar kami lbih berhati2 dgn manusia di luar..ye lah,lepas ltak password tu kitorg rasa dah selamat dah kot,tapi rupa2nya tidak..semakin kuat system keselamatan,maka makin power lah org yg nak hack2 ni..


Samalah dgn kehidupan kita ni,perlu sentiasa berhati2 dgn manusia..bkanlah su’uzzon,tetapi lbh kpd menjg dri..yela kan..org zamn skrg ni pelik2.kdg2 luar nmpak baik,tapi isi hati blum tntu lg..tul x?sdgkn kwn2 yg knal 3,4 thun pun blh mkn kwn lg,apatah pulk yg kita x kenal sgt..so berhati2lah..dan sentiasa mohon perlindungan dari Allah s.w.t…..

Kay,aku nak g umah terbuka Madam Sera kat nilai 3 nih..bwk askar2 g mkn free..time kasih madam,blh jgk jimat duit ujung2 minggu ni..he3…semoga rezeki madam dimurahkan dan madam sendiri Dirahmati Allah s.w.t…aminn..

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

Friday, October 23, 2009

Mulanya dengan Bismillah.....

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah,akhirnya tergerak jugak hati aku untuk menulis post pertama dalam blog ni...Melihat member2 aku ramai yang dah mula 'berblog',terpanggil jugak rasanya nak ada blog sendiri..ye lah,asyik dok follow blog orang je...Bila dah lama melihat kawan2 ni berkongsi macam2 dlm hidup diorg,x kesahlah dari segi ilmu ke, pengalaman ke, dan macam2 lagi lah membuatkan aku teruja utk berkongsi bersama dengan mereka2 yg di luar sana..



Sebenarnya masa aku buat blog ni pun,aku xde spesifik jenis camne blog yg aku nak buat..bila tgk membe2 aku,rmai yg buat blog jenis keagamaan which is really good..mmg aku tabik kat korang sume arr..mampu post something ilmiah,buat research dalam kitab2,mmg sgt2 hebat...sebab nak wat bende2 mcm ni memerlukan komitmen yg sgt tinggi..yang membaca pun kadg2 smpai penat,inikan pula yg menaip...apa org kata,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...pergghhhh..credit to all bloggers..


Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dalam ilmu nahu arab,ada tiga perkara utama yang menjadikan ayat itu sesuatu yang mufidah.kalau korang pernah blajar matan ajrumiah,pada awal2 matan tu dia sebut "Bermulalah akan kalam itu ialah lafaz yang tersusun yang memberi faedah dgn letaknya dan jenis2 nya ada tiga iaitu Isim(kata nama) dan fe'el(kata kerja) dan haraf(conjenction)yang dtg dengan makna..."aku queote smpai sini je..kalo nak tahu lagi carilah kitab tu kat jaa'far rawas ke,@ mana2 kedai buku yg berhampiran...hwa3..


Ok,apa pointnya kat sini?kalau kita perhatikan lafaz "Bismillah" itu bermula dgn huruf "ب" iaitu haraf..mengikut logik ilmu nahu,haraf ni tidak boleh duduk bersendirian pada permulaaan ayat tanpa sesuatu yang menyokongnya samada Isim @ Fe'el...sebagai contoh,kalu kita mulakan ayat tu menggunakan perkataan "dengan" tanpa ada sesuatu yg menyokongnya di hadapan,maka perkataan tu takkan difahami...contohnya "dengan tangan"...kita takkan faham apa maksud ayat tu kalau kita tak letakkan sesuatu perkataan dpn kalimah "dengan"..ok,skang kita masukkan fe'el kat depan tu,so jadi lah mcm ni"makan dengan tangan"..nampak tak?barulah ayat tu akan difahami..tapi kalo korang blajar lebih lg dlm ilmu nahu,nanti korang akan jumpa la dengan perkataan2 seperti mubtada' muakkhar,khobar jumlah,,dan mcm2 lg la..yg aku nak ceritakan kat sini ialah secara umum sahaja...

jadi apakah hikmahnya Allah s.w.t meletakkan huruf "ب" sebagai permulaan di dalam kalimah sucinya itu?apakah rahsia disebaliknya?....

Ini adalah kerana Alah s.w.t mahu kita memulakan setiap perbuatan kita semasa hidup ini dgn membaca bismillah...sekiranya Allah meletakkan feel khas dihadapan kalimah itu,maka hanya perbuatan khusus itu yg akan dimulakan dgn bismillah..tp oleh kerana Allah mahu kita memulakan semua perbuatan kita dengan bismillah,maka dibiarkan kosong dihadapannya..bila nak buka pintu,bismillah..nak menulis,bismillah..nak membaca,bismillah,makan nasi,bismillah..naik kete bismillah,nak tido bismillah,nak buka laptop,bismillah..dan segala macam perbuatan kita ini dimulakan dgn bismillah...,dengan harapannya,kemuliaan kalimah itu akan turut melekat dalam diri kita...dan mudah2an ianya akan menghindarkan diri kita dari melakukan maksiat..ye lah,xkan lah korang nak dating dengan memulakannya dgn bismillah"shaja aku amek awek aku,nak bwk g jln2 kat tepi tasik,bismillahhirrahmanirrahim",nak hisap rokok baca bismillah,dok berkapel dalam kereta sampai tgh2 mlm buta,starting dgn bismillah...mesti tak kan lah...so sekurangnya2 ia akan menyebabkan kita berasa malu utk melakukan maksiat terhadapNya...dan kepada mereka yg dah mcm biasa je buat bnda2 mcm ni,henti2kanlah..jgn lah terlalu ralik(leka) sgt dlm melakukan bnda2 yg seronok di mata nafsu dan setan ni...dibimbangi sekiranya kita melangkah terlalu jauh,takut2 x nampak jalan pulang..tersungkur di tengah jalan,menabur arang pulak di muka org tua kita..dah lah mak kita ni sampai bertarung nyawa semasa melahirkan kita,kita lak dok bwk anak dara org kuar tah kemana2 tgh2 mlm..fikir2kanlah..langit x selalu cerah..sentiasalah beringat..

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....