Thursday, October 29, 2009

Young Guns swimming on the pool...

Slm...

Seperti yang dijangkakan,perlawanan yg sgt menarik dan mendebarkan..bendi the pinky memastikan arsenal mara ke quarter final dgn jaringannya pada minit ke-50 selepas merida dan insua masing2 mnjaringkan gol pertama mereka utk klab masing2..kekalahan ini skaligus meneruskan rekod liverpool yg tersingkir buat kali ke-6 berturut2 di tgn kelab london dlm kempen carling cup..

Persembahan arsenal pada 15 minit pertama agak goyah..mungkin kerana nervous bertemu dgn kelab yg agak besar dlm saingan carling cup ni...Philip Degen hampir membolosi gawang arsenal pd minit ke-9 hsil flick yg cntik dr ngog namun sepakannya melencong ke tepi...arsenal kemudian membalas dgn gerakan cantik hasil gandingan ramsey,merida,bendi dan dudu,namun niat bendi utk melakukan hntrn blik kpd ramsey x kesmpaian krn bola tsangkut kat kaki dia..gerakan yg sgt cantik dan lg bagus kalo msuk gol..minit ke-19,merida yg menerima jolokan dr eastmond melepaskan rembatan padu ke arah gol menyaksikan keeper pool tewas gak akhirnya..one nil to the arsenal..

barisan midfield arsenal yg terdiri dri 3 pemain berusia 19 tahun dan k bawah sedikit goyah dr segi defend dlm perlawanan ni..aku agk x puas hati apabila insua menjaringkan gol penyamaan pd minit ke 26 krn spatutnya bendi boleh close mamat tu dr melakukan sepakan..tp gol insua tu mmg cantik..xleh tahan..fobiasnki lak msih lg x brape betul positioningnya..wenger kne ajar keeper2 kita supaya bleh adjust positioning dgn btul..

5 minit sebelum 1st half berakhir,arsenal mlancarkan serangan bertali rafia ke kubu liverpool,namun begitu sepakan potato,dudu dan bendi berjaya dihalang dlm suasana yg agk kelam kabut di dpn pintu gol..aku dan 2 membe aku(pool fans)tergelak2 tgk keadaan mcm tu..tp bengang jgk ahh sbb x gol kan...5 minit slps 2nd half bermula,bendi berjaya mengawal bola dgn baik dlm kotak penalti sebelum melancarkan peluru torpedonya ke arah langit gol liverpool..satul gol yg sgt bagus..mcm tu la bendi,baru striker namanya..patut la dia dok merepek meraban kat pak cik wenger nak main kat role tgh..sng nak score gol katanya..
Bru je skejap pas bendi skor,voronin lak buat hal..mcm mana tah mamt tu boleh terlepas dr bhgian kiri arsenal,dribble bola ckit n then shoot ke arah gol..fobianski tertewas,namun bola tetap xnak masuk gol jgk,terus melencong ke luar pdg..skali lagi arsenal terselamat..

slepas gol ke2 arsenal permainan boleh dikatakan seimbang..arsenal dan liverpool saling berbalas tembakan namun xde yg menembusi sasaran..yg paling close pun msa kunyit cross masuk kotak penalti,tp babel x sempat sambg..seb bek..randall masuk mgantikan eastmond,sanchez watt tuk bendi..x sempat lagi bendi nak panaskan punggug kat bangku simpanan.watt hampir2 menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari luar kota penalti..cuba meng"ayam2kan" defend pool,tapi x lepas sbb watt ni masih lg katik,x cukup zat lg..tp gerakan dia mmg bagus..boleh cr makan budak ni..

minit ke-86.coquelin masuk mengantikan merida,mmg wenger nak kasik bertahan je ni..dah ujung2 game tu,kekepohan skali lg berlaku dlm kotak penalti arsenal..aquillani plak nak tunjuk belang,cuba mlakukan libasan maut ala2 penjejak badai ke arah goal arsenal selepas kekalutan dlm kotak penalti..namun begitu di saat2 inilah senderos memunculkan diri dia kat dpn aquillani sambil menahan bola tersebut ala2 muay thai..replay menunjukkan bola terkena tgn senderos,tapi nak wat camne,pengadil lak x nampak..fuh..selamat..


Overall aku puas hati dgn persembahan budak2 mlm ni..eastmond,gilbert,merida menunjukkan mereka mempunyai bakat yg sgt2 besar..patutlah wenger xnak bg merida pegi buat loan..rugi katanya...dah latih elok2,bagi org pakai pulak..gilbert tu aku tgk dah mcm bulldozer lak..ke sana ke mari menerjah org..lama x tgk RB arsenal mcm ni..eastmond lak ckup2 impressive utk 1st debut dia..rambut dia nak sama mcm walcott..ha3..namun aku agak risau melihat fabiasnki,still shaky..ke makan ubat byk sgt..harap2 lps ni dia boleh improve tang nervous dia tu..nasiblah voronin x sempat rampas bola ngan dia..ada 2 kali aku rsa decision making dia agak teruk..
kembalinya samir nasri memberi dimensi baru kpd arsenal..x sabar2 aku nak tgk dia main ganti si diaby kat midfield arsenal..credit to dudu,ramsey,gibsy ngan silvester atas persembahan mantap anda..cantik lah tackle2 potato head mlm ni..ape2hal pun,syabas betti merebai utk young guns..kita tgk sape plak yg kene slps ni..

p/s: vela cemburu tgk jack sparrow ngan armand traore mengorat awek2 nurse arsenal..so dia ikut la skali..patut la xde dlm skuad..last submission rupanya.ape2hal pun aku harap diorg cpt kluar dari wad..dgrnya chelsi ngan city turunkan skuad utama lwn bolton ngan scuntorphe united..waaa..ini series..he3..

No comments:

Post a Comment