Thursday, October 29, 2009

Ar-Rahman - Yang Maha Pemurah

Slm..

Dlm entry pertama aku,aku dah ceritakan sedikit tentang kenapa Bismillah tu tidak diletakkan kalimat fe’el atau isim di hadapannya..jadi dlm entry ni,insya allah akan aku kupas sedikit mengenai sifat Rahman …

Ar-rahman…Ar-rahman merupakan salah satu sifat dari sifat2 yag Allah s.w.t letakkan pada dirinya..Sebagaimana yg kita ketahui,Allah swt mempunyai 99 nama@sifat yang ada pada dirinya.Jadi untuk mengenali allah,kita sebagai manusia boleh mengenalinya melalui sifat-sifat yg tlh ditentukan olehNya sendiri.


و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها

Dan bagi Allah itu nama-nama yang cantik maka berdoalah kepadanya dengan menggunakan nama-nama tersebut”

Ar-rahman bermaksud yang Maha Pemurah.Ertinya allah s.w.t sangat pemurah terhadap makhluk2nya.sifat ini meliputi kesemua manusia di atas bumi ini yakni Allah s.w.t memberi kepada semua orang tanpa mengira bangsa,agama dan budaya.Sebab itu kita lihat,walaupun ada diantara manusia ini yg kufur kepada Allah,namun Dia tetap memberikan nikmatNya kepada mereka. Sekiranya kamu berusaha di atas dunia ini,tuhan akan bagi. Dan sekiranya kamu tidak berusaha wahai manusia,maka semuanya terpulang kepada kamu.

“Doh nok wak rano,buke rezeki kito”…Selalu terdengar ungkapan2 seperti ini dan yang seangkatan dgnnya di sekeliling kita.Kadang2 kita terlalu cepat berputus asa dalam berusaha.Skali gagal dah give up,cukuplah stakat skali je.Sbenarnya kawan2ku skalian,skali gagal bukan bermaksud gagal slama2nya.Yes,mungkin perkara yang kita hajatkan itu bukanlah rezeki untuk kita pada kali pertama kita mencubanya!!!Mungkin slepas kita berusaha buat kali kedua atau kali ke-3 maka Allah s.w.t akan berikannya kepada kita.Mungkin juga sampai 99 kali!!!dan sekiranya kita x dapat jgk apa yang kita impikan..maka janganlah bersedih kerana sesungguhnya rahmat Allah itu sgt2 luas. Luas macam mana,x dapat kita bayangkan..

Aku nak bawak satu contoh kat sini…Manusia biasanya mudah tertarik kepada manusia lain sekiranya orang itu berbuat baik kepada mereka. Ok,contohnya macam ni,kalo ada sorg membe korg yg memg baik hatinya,x lokek,sentiasa murah hati,kalo kwn2 lain ada mslh dia sentiasa menolong,mesti korg suka org camni kan?so kalo dia susah ke ape ke,korg pun sanggup tuk tolong dia balik..maksudnya x berkira sgt lah dgn dia. Tapi manusia ni kadang2@selalu terlupa tuk bersyukur kpd Allah s.w.t yg bersifat Ar-Rahman ni..yg sentiasa memberikan udara untuk kita bernafas, memberi air untuk kita minum,cahaya matahari untuk meneruskan kehidupan dan bermacam2 lagilah nikmat yg x dapat kita bayar sebenarnya. Cuba bayangkan allah s.w.t cas pd kita untuk setiap nikmat yg dia beri..konpem xleh nak bayar..sebab tu aku kata kita sbnrnya sangat beruntung kerana dapat menghembuskan nafas sehingga ke saat ini!!!

Oleh itu wahai kawan2ku,sentiasalah dekatkan diri kepada Allah s.w.t.,x kiralah semasa kita senang ataupun susah.Kebiasan manusia ialah mereka hanya kembali kepada Allah s.w.t semasa mereka dlm kesusahan.dan bila dah senang balik,mereka pun kembali ke jalan lama…Berdoalah agar kita dapat menjauhi tabiat seperti ini..dan biasakanlah meminta dan bersyukur kepada Allah s.w.t. setiap masa..kerana Allah s.w.t sentiasa dekat dgn hamba2nya..x pernah tidur,x pernah merungut,x pernah merajuk dan sentiasa membuka pintu setiap masa kepada mereka yg ingin mendekatiNya…

Bayangkan betapa pemurahnya Allah s.w.t,bersedia untuk mendengar permintaan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,x kira masa,x kira tempat…Cuba bayangkan semasa kita berdoa,tiba2 terdengar bunyi seperti berikut “The number u have dialed, cannot be reach at the moment. Please try again, later”..x ke naye(baca:kasihan) kite kalo tuhan buat mcm tu…Kejarlah janji2 Allah yang telah dia sediakan utk kita,semoga kita akan bahagia di dunia dan terutamanya di akhirat negeri yg kekal abadi dan tiada penghujungnya..

Wallahua’lam…


وسارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السموات والأرض أعدّت للمتقين

Dan berlumba-lumbalah kamu dlm memohon keampunan dari tuhan kamu dan kejarlah Syurga yang mana luasnya adalah sebesar langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....

No comments:

Post a Comment