Friday, October 23, 2009

Mulanya dengan Bismillah.....

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah,akhirnya tergerak jugak hati aku untuk menulis post pertama dalam blog ni...Melihat member2 aku ramai yang dah mula 'berblog',terpanggil jugak rasanya nak ada blog sendiri..ye lah,asyik dok follow blog orang je...Bila dah lama melihat kawan2 ni berkongsi macam2 dlm hidup diorg,x kesahlah dari segi ilmu ke, pengalaman ke, dan macam2 lagi lah membuatkan aku teruja utk berkongsi bersama dengan mereka2 yg di luar sana..



Sebenarnya masa aku buat blog ni pun,aku xde spesifik jenis camne blog yg aku nak buat..bila tgk membe2 aku,rmai yg buat blog jenis keagamaan which is really good..mmg aku tabik kat korang sume arr..mampu post something ilmiah,buat research dalam kitab2,mmg sgt2 hebat...sebab nak wat bende2 mcm ni memerlukan komitmen yg sgt tinggi..yang membaca pun kadg2 smpai penat,inikan pula yg menaip...apa org kata,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...pergghhhh..credit to all bloggers..


Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dalam ilmu nahu arab,ada tiga perkara utama yang menjadikan ayat itu sesuatu yang mufidah.kalau korang pernah blajar matan ajrumiah,pada awal2 matan tu dia sebut "Bermulalah akan kalam itu ialah lafaz yang tersusun yang memberi faedah dgn letaknya dan jenis2 nya ada tiga iaitu Isim(kata nama) dan fe'el(kata kerja) dan haraf(conjenction)yang dtg dengan makna..."aku queote smpai sini je..kalo nak tahu lagi carilah kitab tu kat jaa'far rawas ke,@ mana2 kedai buku yg berhampiran...hwa3..


Ok,apa pointnya kat sini?kalau kita perhatikan lafaz "Bismillah" itu bermula dgn huruf "ب" iaitu haraf..mengikut logik ilmu nahu,haraf ni tidak boleh duduk bersendirian pada permulaaan ayat tanpa sesuatu yang menyokongnya samada Isim @ Fe'el...sebagai contoh,kalu kita mulakan ayat tu menggunakan perkataan "dengan" tanpa ada sesuatu yg menyokongnya di hadapan,maka perkataan tu takkan difahami...contohnya "dengan tangan"...kita takkan faham apa maksud ayat tu kalau kita tak letakkan sesuatu perkataan dpn kalimah "dengan"..ok,skang kita masukkan fe'el kat depan tu,so jadi lah mcm ni"makan dengan tangan"..nampak tak?barulah ayat tu akan difahami..tapi kalo korang blajar lebih lg dlm ilmu nahu,nanti korang akan jumpa la dengan perkataan2 seperti mubtada' muakkhar,khobar jumlah,,dan mcm2 lg la..yg aku nak ceritakan kat sini ialah secara umum sahaja...

jadi apakah hikmahnya Allah s.w.t meletakkan huruf "ب" sebagai permulaan di dalam kalimah sucinya itu?apakah rahsia disebaliknya?....

Ini adalah kerana Alah s.w.t mahu kita memulakan setiap perbuatan kita semasa hidup ini dgn membaca bismillah...sekiranya Allah meletakkan feel khas dihadapan kalimah itu,maka hanya perbuatan khusus itu yg akan dimulakan dgn bismillah..tp oleh kerana Allah mahu kita memulakan semua perbuatan kita dengan bismillah,maka dibiarkan kosong dihadapannya..bila nak buka pintu,bismillah..nak menulis,bismillah..nak membaca,bismillah,makan nasi,bismillah..naik kete bismillah,nak tido bismillah,nak buka laptop,bismillah..dan segala macam perbuatan kita ini dimulakan dgn bismillah...,dengan harapannya,kemuliaan kalimah itu akan turut melekat dalam diri kita...dan mudah2an ianya akan menghindarkan diri kita dari melakukan maksiat..ye lah,xkan lah korang nak dating dengan memulakannya dgn bismillah"shaja aku amek awek aku,nak bwk g jln2 kat tepi tasik,bismillahhirrahmanirrahim",nak hisap rokok baca bismillah,dok berkapel dalam kereta sampai tgh2 mlm buta,starting dgn bismillah...mesti tak kan lah...so sekurangnya2 ia akan menyebabkan kita berasa malu utk melakukan maksiat terhadapNya...dan kepada mereka yg dah mcm biasa je buat bnda2 mcm ni,henti2kanlah..jgn lah terlalu ralik(leka) sgt dlm melakukan bnda2 yg seronok di mata nafsu dan setan ni...dibimbangi sekiranya kita melangkah terlalu jauh,takut2 x nampak jalan pulang..tersungkur di tengah jalan,menabur arang pulak di muka org tua kita..dah lah mak kita ni sampai bertarung nyawa semasa melahirkan kita,kita lak dok bwk anak dara org kuar tah kemana2 tgh2 mlm..fikir2kanlah..langit x selalu cerah..sentiasalah beringat..

Dengan sentiasa mengingatiNya,mudah2an kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati dalam kehidupan kita..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan kebaikan kepada kita...amin....


No comments:

Post a Comment